ismakualaterengganu

Kementerian ingatkan guru jangan melampau dalam berpolitik

PUTRAJAYA, 1 Jamadilawal 1439H, Khamis – Kakitangan Kementerian Pendidikan termasuk guru diingatkan supaya tidak berlebihan dalam berpoliti...

PUTRAJAYA, 1 Jamadilawal 1439H, Khamis – Kakitangan Kementerian Pendidikan termasuk guru diingatkan supaya tidak berlebihan dalam berpolitik sehingga sanggup memburukkan kerajaan dan menyebar kebencian dalam kalangan rakyat.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sebagai pendidik, mereka seharusnya memberi tumpuan kepada peranan utama iaitu mendidik dan mengajar.

Beliau berkata, semua warga pendidik tidak kira kakitangan kementerian, pengetua, guru besar dan guru perlu menjaga etika sebagai penjawat awam serta mematuhi tatatertib yang ditetapkan.

“Mereka tidak sepatutnya mengikut kehendak mereka dengan mencetuskan permusuhan dan kebencian.

“Sebagai pendidik, mesti mempunyai dan meletakkan sempadan dengan pematuhan tegas kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan,” katanya selepas menyampaikan Perutusan Tahun Baharu 2018 Kementerian Pendidikan di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Mahdzir bagaimanapun menjelaskan, jumlah warga pendidik yang bermasalah hanyalah dianggap kecil.

Namun katanya, kakitangan kementerian termasuk guru harus bersikap profesional dan tidak terlibat dengan sebarang masalah berkaitan undang-undang.

The post Kementerian ingatkan guru jangan melampau dalam berpolitik appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 1779512204791607454

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item