ismakualaterengganu

Keputusan Mahkamah Persekutuan petanda kerajaan mesti perkemas undang-undang Islam

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin BANGI, 12 Jamadilawal 1439H, Isnin – Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Abdullah Zaik Abd Ra...

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, 12 Jamadilawal 1439H, Isnin – Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman menyifatkan keputusan Mahkamah Persekutuan yang memutuskan penukaran agama tiga kanak-kanak kepada Islam tidak sah, sebagai petanda jelas kepada kerajaan supaya mengambil tindakan segera bagi memperbetulkan keadaan.

Beliau berkata, undang-undang dalam negara yang majoritinya dihuni umat Islam ini perlu diperkemaskan mengikut hukum syariah.

Malah, beliau berkata, segala pertikaian dan polemik mengenai kesesuaian pelaksanaan undang-undang Islam perlu dihentikan.

“Isu ini dah jadi masalah perundangan dan telah menyebabkan krisis dalam masyarakat. Tiba masanya kerajaan selaraskan undang-undang negara dengan hukum Islam. Jangan dipolitikkan lagi masalah ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mahkamah Persekutuan hari ini, yang memutuskan penukaran agama tiga anak Muhammad Ridhuan Abdullah – Tevin Darsiny,21, Karan Dinish,20 dan Prasana Diksa 9 – kepada Islam adalah terbatal dan tidak sah di sisi undang-undang kerana tidak mendapat persetujuan ibunya, M Indira Gandhi.

Ketika mereka diislamkan pada 2009, kanak-kanak berkenaan itu masing-masing berusia 12 tahun, 11 tahun dan 11 bulan.

Lima hakim dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, disertai Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum; bersama tiga Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Zainun Ali; Tan Sri Abu Samah Nordin; dan Tan Sri Ramly Ali, membuat keputusan sebulat suara.

Menerusi 99 muka surat penghakiman yang dibacakan Zainun, mahkamah memutuskan persetujuan kedua-dua ibu bapa adalah perlu untuk penukaran agama anak sebelum Sijil Perakuan Memeluk Islam dikeluarkan oleh Pendaftar Mualaf.

The post Keputusan Mahkamah Persekutuan petanda kerajaan mesti perkemas undang-undang Islam appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 1136121190147072617

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item