ismakualaterengganu

Kerajaan bentuk jawatankuasa khas kaji undang-undang berita palsu

PUTRAJAYA, 13 Jamadilawal 1439H, Selasa – Kerajaan membentuk satu jawatankuasa khas mengkaji undang-undang baharu bagi membendung berita p...

PUTRAJAYA, 13 Jamadilawal 1439H, Selasa – Kerajaan membentuk satu jawatankuasa khas mengkaji undang-undang baharu bagi membendung berita palsu di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, segala peruntukan dalam undang-undang baharu akan dibincang melalui jawatankuasa tersebut dan dibawa kepada pertimbangan Kabinet.

“Jawatankuasa telah bermesyuarat buat kali pertama pada minggu lalu dan telah dihadiri oleh wakil daripada Polis Diraja Malaysia, Jabatan Peguam Negara, Majlis Keselamatan Negara, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang.

“Selain Malaysia, negara-negara lain juga kini turut berusaha mengambil pelbagai langkah dalam mengatasi isu ini termasuk merangka undang-undang baharu yang berkaitan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas keperluan undang-undang tersebut, beliau berkata, buat masa ini terdapat beberapa akta sedia ada yang digunapakai seperti Seksyen 8A Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yang telah diperkenalkan sejak 30 tahun dahulu.

Justeru, katanya, adalah wajar bagi kerajaan untuk turut meneliti sama ada peruntukan sedia ada masih boleh digunapakai untuk menangani ancaman baharu ini, yang bukan sahaja diterbitkan dalam bentuk cetakan dan penyiaran malah juga dalam platform media dalam talian.

Kerajaan juga berharap undang-undang baharu ini boleh dibawa ke Parlimen pada sesi akan datang.

The post Kerajaan bentuk jawatankuasa khas kaji undang-undang berita palsu appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 6434267379799003671

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item