Kerajaan Selangor tak sekat peruntukan ADUN PAS: Azmin Ali

BANGI, 22 Rabiulakhir 1439H, Rabu – Kerajaan Selangor menafikan dakwaan menyekat peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS di negeri itu, sekaligus menganggap ia sekadar khabar angin semata-mata.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Azmin Ali berkata, ia hanyalah kelewatan yang mungkin berpunca daripada masalah teknikal.

“Ia tidak betul. Baru dua minggu masuk tahun baharu, sudah tentu ada mekanisma dari Perbendaharaan ke Pejabat Daerah kerana pengawal kewangan adalah pegawai daerah.

“Perbendaharaan perlu menyalurkan peruntukan itu ke Pejabat Daerah sebelum pegawai daerah menyalurkan kepada wakil rakyat,” katanya seperti dilapor Berita Harian (BH), hari ini.

Menurut Azmin, peruntukan itu ditetapkan kepada semua ADUN di Selangor tanpa membezakan antara wakil rakyat PAS atau Pakatan Harapan.

Beliau bagaimanapun berjanji untuk menyelesaikan perkara tersebut secepat mungkin.

“Saya menjangkakan penyaluran peruntukan itu akan diadakan segera untuk kita bekerja di bawah,” katanya.

The post Kerajaan Selangor tak sekat peruntukan ADUN PAS: Azmin Ali appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian