Kerana Aku Isteri Dia : Suri Hati Mr. Daie

SHAH ALAM, 20 JANUARI 2018 – Menyahut seruan Wanita ISMA “Perjuangan Bermula di Rumah” seramai 30 orang aktivitis Biro Wanita Isma Shah Alam telah menghadiri seminar “Kerana Aku Isteri Dia : Suri Hati Mr. Daie”. Program pembuka tirai bagi tahun 2018 ini bermatlamatkan pemantapan kemahiran pengurusan rumahtangga termasuklah dari aspek penjagaan kebersihan dan penampilan diri di rumah.

Seminar dimulakan dengan sesi ceramah oleh Dr. Nadiah Bt. Noruddin. Sesi ceramah “Oh My Porcelain Skin!” dan “How Do I Look” memberikan penerangan secara terperinci mengenai penjagaan kulit muka dan pemilihan pakaian seharian di rumah yang bersesuaian dengan bentuk badan di samping penekanan aspek praktikaliti.

Sesi seterusnya ialah sesi demonstrasi tatarias “Wake Up to Make Up” yang disampaikan oleh Puan Fadhilah Abd Rashid. Melalui demonstrasi ini, hadirin dapat melihat sendiri teknik tatarias di rumah yang ringkas tetapi menarik. Di samping itu, para hadirin juga diberi peluang mencuba sendiri alatan tatarias yang disediakan dan mendapatkan nasihat kecantikan dari Puan Fadhilah.

Bagi menambahkan lagi kemeriahan program ini, 10 peserta bertuah telah dipilih memenangi cabutan bertuah.

Puan Safura Izyani bt. Kamarudin selaku Timbalan Ketua Biro Wanita Isma Shah Alam mewakili pihak penganjur telah dijemput memberikan ucapan penutup sebelum seminar ini melabuhkan tirainya. Di dalam ucapanya beliau telah sekali lagi mengingatkan para peserta supaya meletakkan keutamaan kepada aspek pengurusan rumahtangga termasuklah berpenampilan menarik di rumah untuk suami. Ini kerana setiap usaha ke arah itu dikira sebagai ibadah dan dijanjikan Allah ganjaran yang berlipat kali ganda, di samping menjaga keharmonian rumahtangga.

Melalui penganjuran seminar seumpama ini, Biro Wanita Isma Shah Alam berharap untuk melahirkan para aktivis yang cemerlang dari aspek kekeluargaan, kerjaya dan juga dakwah.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian