ismakualaterengganu

Klip video aktivis PPIM dikitar semula: Polis

SHAH ALAM, 11 Jamadilawal 1439H, Ahad – Klip video di media sosial memaparkan seorang aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mend...

SHAH ALAM, 11 Jamadilawal 1439H, Ahad – Klip video di media sosial memaparkan seorang aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendakwa polis diarah oleh pihak tertentu untuk menangkap beliau, disebar semula untuk membangkitkan kegusaran dalam kalangan masyarakat, kata Polis Selangor.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, klip video itu dikitar semula yang mana sebelum ini ia menjadi tular dan dikaitkan dengan tindakan aktivis itu, Yusof Azmi melakukan perbuatan menceroboh.

“Video itu disebar semula dengan agenda tertentu untuk membangkitkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

“Segala tindakan pihak polis adalah bertepatan dengan tuntutan undang-undang dan tidak ada kaitan dengan sebarang bentuk tekanan atau arahan daripada mana-mana pihak,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Yusof bersama seorang lagi aktivis PPIM, Ali Salimin didakwa di Mahkamah Sesyen di Kajang sebelum ini atas kesalahan menceroboh premis sebuah syarikat kenderaan pajak pada 10 Julai tahun lalu bersama pemilik kenderaan berkenaan.

​​​​​​​Tindakan itu selepas mereka menerima aduan daripada pemilik kenderaan yang mendakwa ditipu dalam proses pajakan sehingga menerima notis bank berkaitan tunggakan bayaran bulanan kenderaan masing-masing.

Mazlan berkata, kedua-dua mereka ditawarkan jaminan RM5,000 setiap seorang dan kes masih lagi dalam proses perbicaraan.

“Orang ramai juga diingatkan supaya tidak membuat sebarang komen kes-kes yang masih dalam perbicaraan. Selain mewujudkan ‘sub judice’, kenyataan sedemikian juga boleh mengganggu ketenteraman awam,” katanya. – Bernama

 

The post Klip video aktivis PPIM dikitar semula: Polis appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 3379915100610124284

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item