ismakualaterengganu

Lebih 160,000 pasport Malaysia versi baharu dikeluarkan

BANGI, 1 Jamadilawal 1439H, Khamis – Sepanjang tahun lalu, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah mengeluarkan sebanyak 2,056,972 Pasport M...

BANGI, 1 Jamadilawal 1439H, Khamis – Sepanjang tahun lalu, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah mengeluarkan sebanyak 2,056,972 Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) di dalam dan luar negara.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, sebanyak 162,672 PMA versi baharu telah dikeluarkan sejak 15 November hingga kini.

Beliau dalam satu kenyataan hari ini berkata, jabatan imigresen memperluaskan perkhidmatan dan pengeluaran PMA versi baharu itu di luar negara, selepas secara rasmi dilaksanakan di Pejabat Atase Imigresen Melbourne Australia, semalam.

Menurut Mustafar, PMA versi baharu yang dilancarkan pada 11 Januari lalu, dilengkapi dengan tambahan ciri-ciri keselamatan seperti penggunaan biometrik dan pengenalan wajah, selaras dengan piawaian ditetapkan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

“Konsulat Jeneral (CG) Malaysia di Melbourne, Tuan Westmoreland Palon telah menyerahkan PMA versi baharu kepada penerima pertama di sini pada jam 10.50 pagi (waktu tempatan).

“Penerima yang memegang status penduduk tetap Australia melahirkan perasaan terkejut apabila menerima PMA yang diserahkan sendiri oleh CG Malaysia dan menyatakan penghargaan beliau serta rasa bangga dan gembira beliau dengan perkhidmatan permohonan pasport yang begitu lancar dan mudah walaupun berada di luar Malaysia.

“Majlis ringkas tersebut disaksikan oleh wakil dari Jabatan Imigresen Malaysia iaitu Tuan Meor Hezbullah Meor Abd Malik, Pengarah Imigresen Pulau Pinang, Puan Salmi Farina Salim, Timbalan Pengarah Imigresen Sabah dan pegawai-pegawai konsular di Melbourne,” katanya.

Katanya, petugas teknikal daripada syarikat pembekal dan jabatan imigresen turut berada di Melbourne bagi memantau sebarang isu yang mungkin timbul, selain memastikan kelancaran proses PMA versi baharu itu.

“Pada hari pertama penggunaan PMA versi baharu ini, sejumlah 45 PMA telah berjaya dicetak dan diserahkan kepada pemohon tanpa sebarang masalah,” katanya.

The post Lebih 160,000 pasport Malaysia versi baharu dikeluarkan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 1180776519932287091

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item