Lebih 2,500 penerbangan di AS dibatalkan kerana cuaca dingin ekstrem
NEW YORK, 16 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Lebih 2,500 penerbangan di Amerika Syarikat terpaksa dibatalkan kerana cuaca dingin Artik telah menyelubungi banyak tempat di negara itu.
Menurut laporan agensi berita CNN, lebih daripada 90 peratus penerbangan di Lapangan Terbang LaGuardia dibatalkan disebabkan ribut salji yang dijangka berlaku esok.
LaGuardia menggesa para pelancong untuk memeriksa terlebih dahulu dengan syarikat penerbangan untuk mendapatkan maklumat lanjut sebelum menuju ke lapangan terbang.
Manakala, American Airlines juga menggantung semua perlepasan dari Boston esok kerana angin kencang dan salji berat.
“Berdasarkan keadaan di lapangan terbang, Amerika akan meneruskan kembali beberapa ketibaan pada waktu petang sebaik sahaja cuaca telah kembali pulih.
“Penyelenggaraan semula operasi akan bergantung kepada keadaan lapangan terbang, transit awam dan jalan raya,” kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan.
Syarikat penerbangan itu juga membatalkan beberapa penerbangan ke Boston petang semalam waktu tempatan.
Sementara itu, sekolah-sekolah di bandar New York juga akan ditutup esok kerana ribut salji, tulis Datuk Bandar, Bill de Blasio di laman sosial Twitter.
Cuaca sejuk ekstrem di AS itu telah meragut 12 nyawa sehingga Selasa lalu. – Agensi
The post Lebih 2,500 penerbangan di AS dibatalkan kerana cuaca dingin ekstrem appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan