Lebih 50,000 calon UPKK peroleh keputusan 8A

PUTRAJAYA, 12 Jamadilawal 1439H, Isnin – Seramai 54,828 calon yang menduduki Ujian Penilaian Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (UPKK) 2017 di seluruh negara berjaya memperoleh keputusan 8A.

Keputusan itu diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada majlis pengumuman keputusan UPKK 2017 di sini hari ini.

Beliau berkata, keputusan itu menunjukkan peningkatan sebanyak 18 peratus berbanding tahun sebelumnya iaitu seramai 46,461 calon mendapat 8A.

Calon-calon UPKK boleh mendapat penyata keputusan peperiksaan UPKK mulai pukul 2 petang ini di sekolah masing-masing.

Selain itu, mereka juga boleh menyemak keputusan peperiksaan secara dalam talian di http://ift.tt/2lAiztW atau khidmat pesanan ringkas ke 15888 bermula pukul 11pagi ini sehingg pukul 5 petang pada 5 Februari ini.

The post Lebih 50,000 calon UPKK peroleh keputusan 8A appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian