Lelaki disebat kerana jual arak di Aceh
BANDA ACEH, 3 Jamadilawal 1439H, Sabtu – Seorang lelaki disebat secara terbuka semalam, kerana didapati bersalah menjual arak di wilayah Aceh.
Perbuatan Jono Simbolon sekaligus mengundang kemarahan dan ejekan orang ramai di wilayah itu, termasuk kanak-kanak.
Dia adalah individu ketiga bukan Islam yang menerima hukuman sebatan di khalayak ramai sejak Aceh mula melaksanakan undang-undang Islam setelah diberi autonomi khas pada 2001.
“Ini adalah komitmen kerajaan kita untuk menguatkuasakan undang-undang Islam.
“Sekiranya berlaku pelanggaran (undang-undang), segera laporkan kepada polis Syariah (pihak berkuasa agama) dan kita akan lakukan hukuman seperti sebatan hari ini (semalam),” kata Datuk Bandar Banda Aceh, Aminullah Usman.
Simbolon adalah antara 10 individu – lapan lelaki, dua wanita – yang disebat secara terbuka selepas solat Jumaat semalam, atas pelbagai kesalahan termasuk perjudian dan pelacuran.
Simbolon pernah ditangkap pada Oktober lalu, dan dijatuhkan hukuman sebanyak 36 sebatan kerana menjual arak tanpa izin.- Agensi
The post Lelaki disebat kerana jual arak di Aceh appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan