ismakualaterengganu

LHDN bangunkan aplikasi mobile semak BR1M

PUTRAJAYA, 1 Jamadilawal 1439H, Khamis – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) membangunkan aplikasi mobile semakan Bantuan Rakyat 1Ma...

PUTRAJAYA, 1 Jamadilawal 1439H, Khamis – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) membangunkan aplikasi mobile semakan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk menyemak status penghantaran borang, permohonan, status bayaran dan status rayuan BR1M.

Dalam satu kenyataan, LHDN berkata, pemohon BR1M kini boleh memuat turun aplikasi tersebut menerusi Play Store untuk platform Android atau App Store untuk platform iOS.

“Ini memudahkan urusan pemohon untuk melakukan semakan tanpa perlu menghubungi talian BR1M atau beratur panjang di kaunter-kaunter perkhidmatan BR1M di seluruh negara.

“Mohon orang ramai untuk memastikan bahawa aplikasi yang dimuat turun tersebut merupakan aplikasi tulen yang dibangunkan oleh LHDNM,” katanya.

LHDN berkata pemohon hanya perlu muat turun aplikasi tersebut dari Play Store dan App Store dengan kata carian “Semakan BR1M” dan mengikut arahan mudah yang akan diberikan.- Bernama

The post LHDN bangunkan aplikasi mobile semak BR1M appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 4266543494132553529

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item