Lima lagi ditahan kes kabel TM hilang

KUALA LUMPUR, 25 Rabiulakhir 1439H, Sabtu – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan lima lagi individu yang disyaki terlibat dalam kes kehilangan kabel milik Telekom Malaysia (TM) sejak dua tahun lepas.

Menurut sumber, semua suspek berusia 23 hingga 42 tahun itu ditahan antara jam 8 hingga 10 malam di pejabat SPRM Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.

Katanya, seorang daripada suspek merupakan juruteknik TM dan ditahan di ibu negara selepas disyaki bersubahat dengan kontraktor TM dengan mengemukakan 55 dokumen ‘Maintenance Order’ yang mengandungi butiran palsu yang tidak wujud.

“Dokumen palsu itu bertujuan mengeluarkan kabel dari stor TM,” kata sumber itu.

Selain itu, sumber tersebut berkata empat lagi suspek yang ditahan di Negeri Sembilan dipercayai bersubahat dengan kakitangan TM dalam pengeluaran kabel dari stor TM untuk dijual kepada sindiket.

Menurut sumber itu tiga daripada mereka merupakan juruteknik pemasangan TM manakala seorang lagi adalah pembantu makmal sebuah sekolah yang juga juruteknik pemasangan sambilan TM.

Semua suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut.

Pengarah Kanan Jabatan Siasatan SPRM Datuk Simi Abd Ghani ketika dihubungi mengesahkan penangkapan dan penahanan reman lima individu terbabit.

“Siasatan masih sedang berjalan dan kami dalam proses mengenal pasti beberapa lagi individu yang dipercayai boleh membantu siasatan kes ini,” kata Simi.

Rabu lepas, seorang pegawai teknikal TM antara 11 individu ditahan kerana disyaki terbabit rasuah dan salah guna kuasa sehingga mengakibatkan syarikat telekomunikasi itu mengalami kerugian RM4 juta hingga RM6 juta bagi tempoh 2016 hingga Mac tahun lalu. – Bernama

Curi kabel: Telekom Malaysia rugi RM6 juta, 11 ditahan

The post Lima lagi ditahan kes kabel TM hilang appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian