ismakualaterengganu

‘Luaskan peluang pekerjaan kepada anak muda Melayu’

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin KUALA LUMPUR, 25 Rabiulakhir 1439H, Sabt u – Kluster Belia dan Mahasiswa UMMAH menuntut kerajaan menyediak...

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

KUALA LUMPUR, 25 Rabiulakhir 1439H, Sabtu – Kluster Belia dan Mahasiswa UMMAH menuntut kerajaan menyediakan peluang pekerjaan yang lebih luas kepada graduan universiti tempatan, khususnya golongan Melayu Islam.

Naib Presiden Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS), Muhamad Faizzuddin Mohd Zai berkata, amat malang bagi golongan muda Melayu Islam dalam sektor pekerjaan di negara ini kerana bangsa lain lebih banyak diterima bekerja.

“Mengikut kajian, didapati 24 peratus pemohon bangsa Cina dipanggil untuk temu duga, berbanding hanya 6.8 peratus golongan Melayu diterima untuk temu duga di syarikat milik Cina.

“Kajian juga mendapati syarikat dimiliki Melayu sendiri memilih orang Cina di mana kadar panggilan balik terhadap pemohon graduan Cina adalah 6.8 peratus, berbanding hanya 4.8 peratus daripada golongan Melayu.

“Bagi syarikat antarabangsa pula, sehingga 22.9 peratus calon Cina dipanggil untuk temu duga manakala tidak seorang pun calon Melayu menerima panggilan,” katanya ketika membentangkan kertas kerja pada Konvensyen Kebangkitan Ummah yang diadakan di Dewan Muktamar Pusat Islam, di sini, hari ini.

Berikutan itu, kerajaan perlu memandang berat perkara ini kerana tidak mahu bangsa lain berterusan mendominasi peluang pekerjaan sehingga menyukarkan anak muda Islam untuk berkembang.

“Perkukuhkanlah kuasa ekonomi Melayu Islam di negara ini. Pelihara dan bantulah anak muda Melayu Islam dalam segenap perkara untuk mempersiapkan diri mereka menjadi pewaris kepada tanah air yang kita cintai bersama hari ini,” katanya.

Seramai 1,500 orang terdiri daripada pelbagai NGO Islam, tokoh-tokoh Agama, ilmuan dan alim ulama serta individu-individu yang prihatin terhadap Islam dari seluruh negara hadir pada Konvensyen Kebangkitan Ummah (KKU), hari ini.

KKU merupakan inisiatif Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) untuk membincangkan bidang-bidang yang menjadi kepentingan umat Islam ke arah mencapai objektif Ummah.

Kerajaan wajib ganti 9 juta hektar Tanah Rizab Melayu yang diambil

The post ‘Luaskan peluang pekerjaan kepada anak muda Melayu’ appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 1342112752060297100

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item