Mahkamah Israel tahan Ahed Tamimi hingga habis bicara

TEL AVIV, 30 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Mahkamah Israel memutuskan untuk menahan aktivis remaja Palestin, Ahed Tamimi dan ibunya sehingga akhir perbicaraan.

Ahed ditahan selepas rakaman video menampar anggota tentera Israel di luar kediamannya pada 15 Disember lalu, tular di media sosial.

Bercakap kepada Al Jazeera peguam Ahed, Gabi Laski berkata, beliau tidak pasti berapa lama tempoh perbicaraan akan berlangsung.

Bagaimanapun katanya, prosiding perbicaraan akan bermula pada 31 Januari ini.

Bapa Ahed, Bassem Tamimi pula berkata, beliau tidak mengharapkan keadilan dari sistem perundangan Israel.

“Sistem ini ditubuhkan untuk menindas Palestin. Tiada siapa yang akan terkejut apabila mereka dijatuhi hukuman penjara. Ini adalah matlamat Israel untuk memusnahkan zaman kanak-kanak Palestin,” katanya.

Menurut kumpulan hak asasi Pertahanan Kanak-Kanak Palestin (DCIP), rakyat Palestin menghadapi kadar hukuman hampir 100 peratus di mahkamah tentera Israel.

Sebaliknya, seorang Palestin yang memfailkan aduan terhadap polis Israel hanya mempunyai peluang 1.9 peratus untuk pelaku Israel akan disabitkan kesalahan.

Kata kumpulan itu lagi, Israel adalah satu-satunya tempat di dunia yang mendakwa kanak-kanak di mahkamah tentera.

Ahed merupakan gadis yang lantang dan tegas dalam menyuarakan bantahan pendudukan haram Israel ke atas bumi Palestin. Dia ditangkap selepas rejim Zionis menceroboh masuk rumah keluarganya.

Dalam masa sama, ibu Ahed, Nariman masih ditahan ekoran cuba menyatakan pembelaan kepada anaknya. – Agensi

The post Mahkamah Israel tahan Ahed Tamimi hingga habis bicara appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian