Malaysia hantar 10 tan bantuan ke Cox’s Bazar

SUBANG, 10 Jamadilawal 1439H, Sabtu – Malaysia menghantar 10 tan bantuan kemanusiaan ke Cox’s Bazar menerusi penerbangan tentera hari ini, bagi membantu pelarian Rohingya di Bangladesh.

Bantuan itu antaranya barangan perubatan, ubat-ubatan, makanan dan keperluan harian untuk pelarian Rohingya.

Delegasi ke Cox’s Bazar itu berlepas berlepas ke Chittagong jam 9 pagi tadi dengan menaiki pesawat pengangkut A400M TUDM.

Rombongan khas diketuai Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor bagi juga meninjau kesan hospital Medan Malaysia di wilayah Ukhia di Cox’s Bazar, sejak Disember lalu.

Turut serta Duta Khas Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP), Tan Sri Michelle Yeoh, wakil daripada Pejabat Perdana Menteri dan media tempatan.

Ini merupakan misi kemanusiaan ketiga Malaysia ke Bangladesh.

Delegasi ini selaras dengan kerajaan Arab saudi dan Emiriah Arab Bersatu yang turut sama memberi bantuan dalam menyediakan peralatan dan bekalan perubatan di Hospital Medan.

The post Malaysia hantar 10 tan bantuan ke Cox’s Bazar appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian