ismakualaterengganu

Malaysia kekal pendirian tak layan tuntutan Filipina ke atas Sabah

BANGI, 14 Jamadilawal 1439H, Rabu – Kerajaan mengulangi pendiriannya bahawa Malaysia tidak akan mengiktiraf dan melayan sebarang tuntutan m...

BANGI, 14 Jamadilawal 1439H, Rabu – Kerajaan mengulangi pendiriannya bahawa Malaysia tidak akan mengiktiraf dan melayan sebarang tuntutan mana-mana pihak ke atas Sabah.

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Anifah Aman dalam satu kenyataan hari ini berkata, Sabah telah diiktiraf Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan masyarakat antarabangsa sebagai sebahagian daripada Malaysia sejak 16 September 1963.

“Kementerian Luar Negeri, Malaysia mengambil maklum mengenai kenyataan n. Aquilino Pimentel Jr, Ahli Jawatankuasa Konsultasi Filipina yang disiarkan di dalam media massa berkenaan tuntutan ke atas Sabah baru-baru ini.

“Kerajaan Malaysia ingin menegaskan pendiriannya bahawa Malaysia tidak mengiktiraf dan tidak akan melayan sebarang tuntutan oleh mana-mana pihak ke atas Sabah.

“Sehubungan itu, kenyataan yang tidak berasas seperti ini bukan sahaja mendedahkan kecetekan ilmu mengenai sejarah dan undang-undang antarabangsa, malah mampu merenggangkan hubungan hubungan dua hala yang sangat baik antara Malaysia dan Filipina,” katanya.

Sebelum ini, Pimentel dalam satu temu bual dengan rangkaian televisyen di Manila dilaporkan berkata, dia akan mencadangkan kemasukan Sabah di wilayah Filipina sebagai sebahagian daripada peralihan negara ke sistem kerajaan Persekutuan.

The post Malaysia kekal pendirian tak layan tuntutan Filipina ke atas Sabah appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 609817507069752158

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item