Melayu perlu kekalkan kuasa


BERA, 5 Jamadilawal 1439H, Isnin – Orang Me­layu perlu terus mengekalkan kuasa pada Pilihan Raya Umum akan datang, tegas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, ia bagi memastikan bukan sahaja hak dan nasib kaum itu terus terbela, malah juga hidup dalam kehidupan selesa.

Ini kerana, nasib Melayu tidak terjamin jika bangsa itu tidak lagi memegang kuasa pemerintahan di negara ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas satu mesej di aplikasi WhatsApp yang menyatakan orang Melayu di Selangor boleh hidup walaupun diperintah pembangkang.

Mengulas lanjut perkara itu, beliau berkata, jika dikatakan soal hidup, di mana-mana pun orang Melayu boleh hidup, cuma bagaimana bentuk kehidupan itu.

“Hari ini saya menerima satu WhatsApp yang mengatakan Melayu di Selangor boleh hidup walaupun diperintah pembangkang, orang Melayu di Pulau Pinang juga boleh hidup walaupun negeri itu diperintah pembangkang.

“Melayu tetap hidup, tidak ada siapa kata Melayu mati, Melayu tetap hidup, tetapi kehidupan yang bagaimana. Kuasa tiada, jika DAP memerintah, Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang dimiliki orang Melayu mungkin dibubarkan, Lembaga Tabung Haji mungkin tiada,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Pemerkasaan Pasca dan Jentera D-Day Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) Parlimen Bera di sini, semalam.

The post Melayu perlu kekalkan kuasa appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian