ismakualaterengganu

Mesir penjara 262 penyokong Morsi

KAHERAH, 23 Rabiulakhir 1439H, Rabu – Mahkamah Mesir menjatuhi hukuman penjara antara tiga tahun dan seumur hidup kepada 262 penyokong Ikhw...

KAHERAH, 23 Rabiulakhir 1439H, Rabu – Mahkamah Mesir menjatuhi hukuman penjara antara tiga tahun dan seumur hidup kepada 262 penyokong Ikhwanul Muslimin, yang dituduh terbabit dalam keganasan pada 2013 lalu.

Mereka dituduh menyebabkan kematian dua anggota polis ketika pertempuran di Dataran Al-Nahda di Giza, selatan Kaherah, selain tuduhan cubaan membunuh dan melakukan vandalisme.

Tujuh belas individu dihukum penjara seumur hidup, 223 dipenjara selama 15 tahun, manakala 22 lagi dihukum penjara tiga tahun. Mahkamah bagaimanapun, membebaskan 115 tertuduh yang lain.

Mahkamah juga mengarahkan semua yang dikenakan hukuman itu membayar hampir AS$2.27 juta kerana merosakkan harga benda awam.

Dataran Al-Nahda adalah salah satu daripada dua tempat di mana penyokong pro demokrasi Mesir dan Presiden Mohamed Morsi berkumpul selama berminggu-minggu ketika tentera diketuai Abdel Fattah Al-Sisi merampas kuasa pada Julai 2013.

Pihak tentera kemudian bertindak keras terhadap penunjuk perasaan di Al-Nahda dan Dataran Rabaa pada Ogos 2013, menyebabkan ratusan terbunuh.

Rejim Al-Sisi kemudian mengisytiharkan Ikhwanul Muslimim sebagai pertubuhan pengganas dan menangkap Morsi bersama ribuan penyokongnya. – Agensi

The post Mesir penjara 262 penyokong Morsi appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 265010065917543912

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item