Najib hina rakyat Kelantan, kerajaan negeri

BANGI, 13 Jamadilawal 1439H, Selasa – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menghina kerajaan dan rakyat Kelantan apabila mengatakan negeri itu perlukan bantuan Kerajaan Pusat untuk gaji kakitangan, kata Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Azman Ibrahim.

Dalam satu kenyataan, beliau memetik ucapan Najib kepada penjawat awam di Wisma Persekutuan di Kota Bharu, ketika melawat Kelantan kelmarin yang menyebut “negeri defisit macam Kelantan ini pun, kalau tidak ada suntikan daripada Kerajaan Pusat nak bayar gaji pun tak mampu, tak boleh nak bayar gaji.”

“Ucapan seorang pemimpin negara bernada penghinaan kepada kerajaan dan rakyat Kelantan. Mungkin PM terlupa, Malaysia negara yang beliau duduk di kerusi PM termasuklah di dalamnya sebuah negeri negeri bernama Kelantan.

“Betapa banyak yang Kerajaan Pusat kaut hasil dari bumi Kelantan termasuk khazanah gas asli. Saya tahu sebab saya pernah pergi kuliah di Pelantar Muda, sebuah pelantar carigali gas yang terletak dalam perairan Kelantan dengan jarak 170km dari pantai Kelantan. Royalti kepada Kelantan, Kerajaan Pusat tak bayar walau sesen pun! ,” katanya.

Beliau yakin dengan 47 kali sehari kapal terbang berlepas dan mendarat di Lapangan Terbang Kota Bharu, cukai lapangan terbang yang dikutip adalah yang tertinggi, berbanding semua lapangan terbang domestik seluruh negara.

“Orang Kelantan suka berniaga. Saya tak ada data berapa banyak GST yang dikutip dari Kelantan. Tapi saya pasti jumlahnya melebihi GST yang dikutip dari Terengganu.

“Belum lagi dikira cukai pendapatan yang dibayar oleh rakyat Kelantan sama ada yang bekerja di Kelantan atau yang berada di luar Kelantan. Ramai pegawai tinggi kerajaan di Putrajaya dan Kuala Lumpur adalah orang Kelantan,” katanya.

Dr Azman berkata, deretan hotel dan pusat beli-belah di negeri itu membayar cukai kepada Kerajaan Pusat.

“Semuanya bayar cukai kepada Kerajaan Pusat. Hasil gas, cukai lapangan terbang, cukai pendapatan, cukai jalan, bayaran lesen serta banyak lagi Kerajaan Pusat kaut dari Kelantan. Buruk siku Najib mari ungkit balik bila Kerajaan Pusat ada bagi dana kepada negeri.

“Rakyat Kelantan rasa terhina dengan ucapan Najib sambil ketawa kecil ini. Najib silap dalam memahami jati diri orang Kelantan. Rakyat Kelantan sangat anti dengan pemimpin yang angkuh dan bercakap besar. Umno Kelantan akan terima tempias dalam PRU 14 hasil dari ucapan Najib ini. Tunggulah…,” katanya.

The post Najib hina rakyat Kelantan, kerajaan negeri appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian