Najib jual aset untuk dapatkan wang, bayar hutang, kata Dr Mahathir

BANGI, 22 Rabiulakhir 1439H, Selasa – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, menjual tanah adalah satu cara kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak untuk membuat wang dengan cara mudah.

Sambil menyindir beliau mencadangkan supaya kerajaan sekarang menjual beberapa negeri untuk menjadi kaya dan memperoleh wang yang banyak.

“Menjual aset adalah satu cara kerajaan membuat wang. Tanah kerajaan di Pulau Pinang dan Pelabuhan Klang dijual baru-baru ini dan memperoleh wang yang cukup untuk membayar hutang kepada syarikat pelaburan Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC).

“Kita masih mempunyai banyak tanah. Jika beberapa negeri dijual kita boleh menjadi kaya. Itu salah satu cara untuk mencapai Wawasan 2020. Lebih banyak tanah yang boleh dijual dan sedikit daripadanya disalurkan untuk BR1M untuk menjadi negara berpendapatan tinggi. Kita kemudian akan menjadi negara membangun. Tak perlu tunggu sehingga 2050,” katanya.

Menulis dalam blog beliau malam tadi, Dr Mahathir berkata, terbaharu laporan menyatakan Bank Negara membeli 22.58 hektar tanah kerajaan untuk penempatan semula tapak Global Islamic Finance University dan International Research Academy for Islamic Finance.

Katanya, berbulan rundingan dibuat untuk urusniaga ini dan Bank Negara akan membayar kerajaan sebanyak RM2 bilion.

Beliau berkata, ketika menjadi Perdana Menteri, Bank Negara berkembang beberapa kali secara fizikal, tetapi tidak pernah mendengar ia membayar untuk pembelian tanah.

“Mungkin rakyat sebagai pihak yang berkepentingan hendak mengetahui berapa banyak Bank Negara bayar untuk tanah di mana bangunannya berdiri sekarang,” katanya.

Dr Mahathir berkata, Najib melakukan tugas yang hebat dan jika rakyat memberinya peluang untuk terus memerintah, maka lebih banyak tanah akan dijualnya.

The post Najib jual aset untuk dapatkan wang, bayar hutang, kata Dr Mahathir appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?