ismakualaterengganu

Nasib Rohingya lebih buruk daripada laporan BBC, CNN

JAKARTA, 7 Jamadilawal 1439H, Rabu – Nasib pelarian Muslim Rohingya jauh lebih buruk daripada gambaran yang dilaporkan pihak media antaraba...

JAKARTA, 7 Jamadilawal 1439H, Rabu – Nasib pelarian Muslim Rohingya jauh lebih buruk daripada gambaran yang dilaporkan pihak media antarabangsa, kata Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Jim Mattis.

“Ini adalah tragedi terburuk daripada apa yang CNN atau BBC dapat gambarkan keadaan mereka (pelarian Rohingya),” katanya kepada pemberita ketika lawatan kerja di Indonesia, semalam.

Mattis mendakwa, AS adalah antara pihak yang berusaha menyelesaikan krisis itu menerusi langkah diplomatik, termasuk bantuan kemanusiaan.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), hampir 650,000 umat Islam Rohingya melarikan diri dari negeri Rakhine ke Bangladesh sejak kempen keganasan meningkat pada Ogos lalu.

Biarpun hidup kebuluran di kem pelarian Bangladesh, kebanyakan etnik Rohingya tidak sanggup pulang ke Myanmar lagi, meskipun perjanjian penghantaran sudah dicapai.

Bangladesh dan Myanmar memuktamadkan perjanjian penghantaran pulang pelarian Rohingya pada awal tahun ini, untuk tempoh dua tahun akan datang.

Bagaimanapun, persepakatan itu tidak diterima pelarian Rohingya kecuali keselamatan mereka dijamin, dan tuntutan hak mereka sebagai warganegara diterima.

PBB menyifatkan Rohingya sebagai kumpulan minoriti yang teruk dianiaya di dunia.- Agensi

The post Nasib Rohingya lebih buruk daripada laporan BBC, CNN appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 4964751146773922674

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item