Negara Arab paksa Palestin terima rancangan Trump, lapor akhbar

RAMALLAH, 3 Jamadilawal 1439H, Sabtu – Beberapa negara Arab, termasuk Negara Teluk, dilaporkan enggan memberi bantuan kepada Pihak Berkuasa Palestin (PA) berikutan tindakan badan pentadbiran Palestin itu menolak rancangan damai Amerika Syarikat (AS).

Quds Press memetik sumber berkata, negara terbabit enggan memindahkan dana yang diluluskan pada sidang kemuncak negara-negara Arab sebelum ini, menerusi program bantuan kewangan bermula awal tahun ini.

Sumber itu berkata, PA masih menunggu bantuan kewangan yang dijanjikan itu bagi memenuhi keperluan menyediakan perkhidmatan kepada penduduk Palestin.

Beliau mendakwa Arab Saudi sebelum ini, memberi amaran kepada Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, bahawa pentadbirannya akan berakhir jika menolak rancangan Presiden AS, Donald Trump.

Sumber itu juga mengesahkan wujud usaha Arab-Amerika untuk memaksakan kehendak mereka diikuti, selain mengenakan tekanan kepada Abbas supaya meletak jawatan.

Arab Saudi juga dilaporkan memberi amaran kepada Abbas bahawa langkahnya menentang pentadbiran AS dan rancangan damai baharu itu akan menyebabkan pentadbiran PA dan beliau akan berakhir.

Abbas pada mesyuarat Majlis Pusat Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) awal minggu ini menolak proses damai Trump, sebagai tindak balas terhadap langkah Presiden AS itu mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Isnin lalu, Majlis Pusat PLO – badan pembuat keputusan kedua tertinggi Palestin – berkata, pertubuhan itu tidak lagi mengiktiraf Perjanjian Osla yang dibuat dengan rejim pengganas Israel pada awal 1990-an lalu.

Kenyataan PLO itu juga mencadangkan Palestin membatalkan pengiktirafan kewujudan negara Israel sehingga Tel Aviv mengiktiraf negara Palestin dan persempadanan 1967 dengan Baitulmaqdis Timur menjadi ibu negara Palestin.

PLO yang menjadi payung kepada beberapa parti politik Palestin berkata, mereka telah mengarahkan jawatankuasa eksekutif untuk menggantung pengiktirafan terhadap negara Israel sehingga Israel mengiktiraf negara Palestin, menghentikan pencerobohan ke atas Baitulmaqdis Timur dan menghentikan pembukaan penempatan baharu. – Agensi

The post Negara Arab paksa Palestin terima rancangan Trump, lapor akhbar appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian