Netizen marah kenyataan Marina Mahathir mengenai Islam

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 5 Jamadilawal 1439H, Isnin – Beberapa hari ini pengguna laman sosial berang dengan sikap aktivis liberal, Marina Mahathir, yang tidak sudah-sudah mempersoal Islam.

Rata-ratanya pelik dengan sikap pemimpin Sister In Islam (SIS) itu yang dianggap tidak sensitif apabila membicarakan isu berkaitan Islam.

Marina mendakwa negara hanya akan maju jika rakyat bersikap liberal, dan menuduh Islamisasi akan merosakkan Malaysia.

Katanya lagi, Malaysia di ambang kemerosotan jika negara meneruskan agenda Islamisasi yang tidak hanya akan memecahbelahkan masyarakat, tetapi menyuburkan keganasan.

“Marina Mahathir, kamu tak payah keluarkan kenyataan yang menyakitkan hati. Jagalah rumahtangga kamu. Biarkan Tun M sahaja yang terlibat dalam politik,” tulis Zulfakar Mohd Derus.

“Apa kata, dia mati nanti jangan ada sesiapa orang Islam mandi, kapan, solat, dan kebumikan dia. Biar agama lain buatkan semua untuk dia,” tulis Ikhwan Abd Kahar.

Selain itu Singa Malaya berkata, Marina perlu kembali ke pangkal jalan dengan sikap dan perbuatannya selama ini yang menidakkan kebenaran Islam.

“Kamu mengunakan kemajuan Yahuni. Para saintis menyatakan bahawasanya al-Quran mendahului apa yang mereka perbuat. Hal ehwal duniawi Allah telah menyatakan kesemuanya. Berkemungkinan besar kamu tidak memahami yang tersurat apatah lagi yang tersirat.

“Kamu adalah satu-satunya wanita yang amat malang. Sungguh amat memilukan. Akhir kata sesat dihujung jalan kembalilah ke pangkal jalan,” katanya.

“Bagus kau nak maju.. tapi kalau taknak guna cara Allah, jangan kau guna otak kau, badan kau, hati kau, pulangkan dulu segala yang Allah punya.. selepas itu silakan kerana kau terlalu maju daripada Allah,” sindir Nick Kamil.

Bercakap di Kuala Lumpur baru-baru ini, Marina mendakwa tindakan seorang lelaki menampar seorang wanita Muslim kerana tidak memakai tudung di khalayak ramai, sebagai Islamisasi tidak positif atau sihat untuk negara.

Menyentuh mengenai buku Illusion of Democracy, Marina berkata, penerbitan itu memberikan ‘dukungan empirikal’ terhadap pendiriannya mengenai Islamisasi di Malaysia kerana “ia satu bentuk penjajahan, satu konsep yang selama ini tidak pernah diketahui tidak ganas.”

Malah, Marina menganggap kecaman terhadap ucap selamat kepada orang yang berlainan agama, membuktikan Islamisasi tidak hanya memecahbelahkan masyarakat, tetapi turut membawa kepada keganasan.

The post Netizen marah kenyataan Marina Mahathir mengenai Islam appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian