Ocean Infinity hantar kapal cari MH370

KUALA LUMPUR, 16 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Sebuah kapal berteknologi tinggi yang dikendalikan firma penerokaan dasar laut Amerika Syarikat (AS) telah dihantar ke Lautan Hindi bagi meneruskan usaha mencari pesawat Malaysia Airlines MH370, yang dilaporkan hilang sejak 2014.

Kapal penyelidikan, Seabed Constructor daripada firma Ocean Infinity, telah berlepas dari Afrika Selatan ke Lautan Hindi, dan dijangka tiba di zon carian pada pertengahan bulan ini.

Ocean Infinity adalah salah satu daripada tiga syarikat yang telah menawarkan khidmat mereka untuk meneruskan operasi menyelamat MH370.

Tawaran itu diberikan oleh firma berkenaan pada Ogos lalu dan hanya meminta ganjaran jika bangkainya ditemui.

Menurut sumber, firma itu telah memutuskan untuk menghantar sebuah kapal penyelidikan Norway dikenali sebagai Seabed Constructor ke selatan Lautan Hindi, memandangkan keadaan cuaca tidak menentu sepanjang Januari dan Februari.

Kapal berkenaan membawa beberapa lagi kapal selam autonomi yang akan digunakan untuk meneroka bahagian dasar laut bagi mengesan serpihan pesawat.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata, rundingan dengan firma itu untuk menyambung semula pencarian tanpa sebarang bayaran dikenakan, berada di peringkat akhir.

“Mereka (Ocean Infinity) tahu kita amat serius untuk menerima tawaran mereka,” katanya.

Dalam pada itu, jurucakap firma berkenaan berkata, syarikat itu masih menunggu kontrak akhir sebelum menyambung semula pencarian.

Boeing 777 itu hilang secara misteri di perairan Laut China Selatan dekat Vietnam pada 8 Mac 2014 ketika dalam penerbangan rutin dari Kuala Lumpur ke Beijing, China dengan membawa 239 penumpang dan kru.

Analisis data radar dan satelit komunikasi antarabangsa mendapati ada orang di dalam kapal terbang itu mungkin sengaja mematikan transponder atau alat penjejak pesawat sebelum melencongkannya ke Lautan Hindi.

Kerajaan Australia, Malaysia dan China menghentikan misi pencarian pesawat tersebut selama dua tahun yang menelan belanja AS$159.16 juta, pada Januari lalu, walaupun dibantah oleh waris mangsa.

Tahun lalu, Australia dan Malaysia menolak cadangan penyiasat untuk memperluaskan pencarian ke kawasan seluas 25,000 kilometer persegi di utara dari kawasan pencarian asal di selatan Lautan Hindi.- Agensi

BERITA BERKAITAN: 

MH370: Syarikat AS buat tawaran ‘tak jumpa, tiada bayaran’, lapor akhbar

The post Ocean Infinity hantar kapal cari MH370 appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian