ismakualaterengganu

Pakistan berang Trump tuduh beri perlindungan kepada pengganas

ISLAMABAD, 15 Rabiulakhir 1439H, Rabu – Kenyataan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang menuduh Pakistan menipu dan menyediakan tem...

ISLAMABAD, 15 Rabiulakhir 1439H, Rabu – Kenyataan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang menuduh Pakistan menipu dan menyediakan tempat perlindungan bagi pengganas mengundang amarah pemimpin negara itu.

Dalam tweet pertama tahun ini, Trump mengancam untuk memotong bantuan kepada Pakistan, kerana mendakwa negara itu berbohong kepada AS dan memberi bantuan kepada pengganas di Afghanistan.

“Amerika Syarikat telah dengan bodohnya memberikan Pakistan lebih dari $ 33 bilion bantuan dalam tempoh 15 tahun yang lalu, dan mereka tidak memberi kita apa-apa melainkan berbohong dan menganggap pemimpin kita sebagai orang bodoh.

“Mereka memberi tempat perlindungan kepada pengganas yang kita cari di Afghanistan, dengan sedikit bantuan. Tidak ada lagi ruang untuk berbuat demikian!,” dakwa Trump.

Pakistan membalas kecaman Trump dengan menegaskan negara itu sudah banyak membantu AS termasuk menghapuskan Al-Qaeda.

Namun hasilnya, Pakistan hanya memperoleh cacian dan ketidakpercayaan, kata Menteri Luar dan Pertahanan negara itu.

Pada masa sama, Perdana Menteri Pakistan, Shahid Khaqan Abbasi mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Kebangsaan (NSC), yang terdiri daripada ketua tentera, ketua-ketua tentera laut dan udara, ketua-ketua perisikan dan menteri-menteri lain, pada Selasa untuk membincangkan tindakan masa depan.

Berikutan mesyuarat itu, NSC menyatakan kekecewaan yang mendalam terhadap komen Trump.

Shahid berkata, kenyataan Trump itu tidak dapat difahami kerana ia nyata bercanggah dengan fakta-fakta yang sebenar, menjejaskan kepercayaan antara dua negara yang telah terbina lebih dari beberapa generasi.

Malahan katanya, ia menafikan pengorbanan yang dibuat oleh negara Pakistan berdekad-dekad lamanya.

Semalam, Pejabat luar negara Pakistan memanggil duta AS di Islamabad dan membuat protes terhadap tweet Trump. – Agensi

The post Pakistan berang Trump tuduh beri perlindungan kepada pengganas appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 1789698038495333520

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item