ismakualaterengganu

Paras air Sungai Dungun kini melebihi paras berjaga-jaga

KUALA TERENGGANU, 13 Rabiulakhir 1439H, Isnin – Paras air Sungai Dungun di Kampung Pasir Raja kini melebihi paras berjaga-jaga manakala Su...


KUALA TERENGGANU, 13 Rabiulakhir 1439H, Isnin – Paras air Sungai Dungun di Kampung Pasir Raja kini melebihi paras berjaga-jaga manakala Sungai Kemaman masih berada dibawah paras berjaga-jaga.

Portal publicinfobanjir.water.gov.my Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan paras air Sungai Dungun di Kampung Pasir Raja telah mencapai 36.05 meter, melebihi paras berjaga-jaga iaitu 36.00 meter pada 11.45 pagi tadi.

Paras air Sungai Kemaman di Rumah Pam Paya Paman masih di bawah paras berjaga-jaga iaitu 0.27 meter pada 12 tengah hari.

Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini mengeluarkan amaran cuaca (waspada) iaitu hujan lebat berserta angin kencang dijangka melanda Dungun dan Kemaman di Terengganu, Kuantan (Pahang) dan Kota Tinggi, Johor sehingga esok. – Bernama

 

The post Paras air Sungai Dungun kini melebihi paras berjaga-jaga appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 8840447528958419277

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item