PAS hanya angan-angan, kata pemimpin UMNO Kelantan

MACHANG, 6 Jamadilawal 1439H, Selasa – PAS disifatkan berangan-angan apabila mahu membentuk kerajaan sendiri atau menyertai kerajaan baharu bersama gabungan parti lain sama ada daripada Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Harapan (PH), selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob berkata, PAS dilihat sengaja menimbulkan polemik seperti itu bagi memperlihatkan kemampuannya mentadbir walaupun keadaan adalah sebaliknya.

Sebelum ini, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu berhasrat untuk membentuk kerajaan sendiri atau menyertai pembentukan kerajaan baharu dengan mana-mana parti lain, selepas PRU14.

Ahad lalu, Abdul Hadi mengumumkan PAS akan bertanding di lebih daripada 130 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bagi membolehkannya membentuk kerajaan, walaupun menang dengan majoriti mudah.

Beliau berkata, PAS perlu bertanding sekurang-kurangnya lebih daripada jumlah majoriti mudah iaitu daripada 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan.

“Kemungkinan (bertanding) 130 lebih (kerusi Parlimen), sekurang-kurangnya majoriti mudah. PAS mahu membentuk kerajaan ataupun menyertai pembentukan kerajaan, bukan lagi sebagai pembangkang yang lemah,” katanya di Shah Alam.

Pada PRU13, PAS bertanding 73 kerusi Parlimen dan menang 21 daripadanya. Enam daripada 21`kerusi kini disandang anggota Parlimen PAN, parti serpihan PAS, manakala kerusi Parlimen Pokok Sena juga terlepas apabila penyandangnya Datuk Mahfuz Omar mengumumkan keluar parti itu awal tahun ini.

Ahmad Jazlan berkata, berdasarkan urus tadbir di Kelantan, PAS memperlihatkan banyak kegagalan dalam membangunkan negeri itu, terutama dalam hal pekerjaan, perumahan dan sebagainya.

“Saya rasa ini perkara agak nakal sebab rakyat dapat menilai dan melihat sepanjang era pemerintahan di Kelantan selain di Terengganu serta Kedah, mereka (PAS) tidak mampu mentadbir,” katanya kepada pemberita semalam.

The post PAS hanya angan-angan, kata pemimpin UMNO Kelantan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian