PAS Kelantan serah senarai calon PRU14 kepada Majlis Syura Ulama
BANGI, 23 Rabiulakhir 1439H, Khamis – PAS Kelantan sudah menyerahkan senarai nama calon negeri itu kepada Majlis Syura Ulama untuk tapisan, sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, senarai calon itu dibuat berdasarkan kajian awal pilihan raya sebelum ini, selain cadangan tiga hingga lima nama individu yang dibuat oleh PAS peringkat cawangan.
“Amalan di Kelantan 10 hingga 30 peratus akan ada muka baru. Itu amalan biasa. Kita ambil kira siapa yang boleh menang.
“Kita ikut kehendak pengundi berminat dengan siapa. Kalau seseorang itu dikehendaki pengundi biar pun tidak memenuhi kriteria kita juga ambil kira,” katanya dipetik daripada akhbar rasmi PAS, hari ini.
Kelantan mempunyai 14 Kawasan Parlimen di mana pada PRU13 lalu, PAS menang di Tumpat; Pengkalan Chepa; Kota Bharu; Pasir Mas; Rantau Panjang; Kubang Kerian; Bachok; Pasir Puteh; dan Kuala Krai.
Ketereh; Tanah Merah; Machang; Jeli; dan Gua Musang dimenangi Barisan Nasional.
Sebelum ini, Pakatan Harapan (PH) mengumumkan kawasan yang akan ditandingi gabungan empat parti utama pembangkang di Kalantan pada PRU14 nanti.
Mengikut senarai pembahagian kerusi PH, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan bertanding di kawasan Parlimen Pasir Puteh; Jeli; Gua Musang; Ketereh; Machang; dan Tumpat.
PKR pula di Tanah Merah dan Pasir Mas, manakala parti serpihan PAS – PAN – di Kubang Kerian; Kota Bharu; Pengkalan Chepa; Bachok; dan Rantau Panjang.
The post PAS Kelantan serah senarai calon PRU14 kepada Majlis Syura Ulama appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan