ismakualaterengganu

Pasukan tambahan tangkap anjing liar ditubuh

SIBU, 11 Jamadilawal 1439H, Ahad – Pasukan tambahan yang bertindak segera untuk menangkap anjing liar sebaik sahaja menerima panggilan atau...

SIBU, 11 Jamadilawal 1439H, Ahad – Pasukan tambahan yang bertindak segera untuk menangkap anjing liar sebaik sahaja menerima panggilan atau aduan daripada orang ramai akan ditubuhkan dalam usaha menyekat penularan dan menjadikan Bahagian Sibu bebas wabak rabies.

Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam, Dr Annuar Rapaee berkata, pasukan tersebut akan diletakkan dalam keadaan siap siaga sepanjang masa dan menerima panggilan daripada orang ramai melalui talian hotline untuk menangkap anjing-anjing liar.

“Ini bagi meningkatkan keyakinan orang ramai bahawa kerajaan serius untuk sekat rabies.

Kita tidak mahu apabila orang ramai membuat panggilan dan aduan, sehingga dua hingga tiga hari baru nak respons. Ini tidak baik,” katanya

Beliau berucap pada majlis makan malam bersama anggota-anggota Pasukan Kawalan Rabies di sini, malam tadi.

Dr Annuar yang juga mengetuai Pasukan Kawalan Rabies itu berkata, pasukan itu dianggotai petugas Jabatan Veterinar, Majlis Perbandaran Sibu, Majlis Luar Bandar Sibu dan Majlis Daerah Kanowit.

Beliau berkata, program penvaksinan anti rabies ke atas anjing secara besar-besaran pada masa ini mensasarkan 70 peratus anjing di bahagian itu.

“Kita bekerja keras memerangi rabies daripada merebak di bahagian Sibu. Ini penting supaya penularan rabies dapat disekat daripada memasuki bahagian Bintulu, Miri dan keseluruhan utara Sarawak,” jelasnya.

Katanya, setakat ini 1,171 anjing telah diberi vaksinasi sejak program vaksinasi anti rabies bermula 20 Jan lalu dan dijadual berakhir 1 Mac melibatkan pembukaan 29 pusat vaksinasi.

Sementara itu, Ketua Kesihatan Awam Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Dr Cheong Yaw Liang berkata sembilan sampel telah dihantar ke Institut Penyelidikan Veterinar di Ipoh, Perak untuk dianaliss.

Keputusan ujian ke atas sampel itu akan diketahui dalam tempoh tiga minggu, katanya kepada Bernama di sini.- Bernama

The post Pasukan tambahan tangkap anjing liar ditubuh appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 4632442044255761637

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item