PBB beri amaran krisis kemanusiaan di Yaman

UNITED NATION, 20 Rabiulakhir 1439H, Ahad – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran keadaan Yaman yang bakal menjadi bencana kemanusiaan paling buruk di dunia dalam tempoh setengah abad ini.

Ketua Setiausaha PBB bagi hal kemanusiaan dan penyelarasan darurat, Mark Lowcock berkata, keadaan itu dilihat semakin membimbangkan di tengah-tengah konflik Arab Saudi sehingga menyebabkan kebanyakan rakyat Yaman menghidap kolera dan difteria.

“Situasi di Yaman – hari ini, seolah-olah penduduk di negara itu berdepan kiamat,” katanya seperti dilapor Al-Jazeera, pada Jumaat lalu.

Lawcock berkata, wabak kolera yang dihadapi penduduk negara itu adalah antara paling buruk yang pernah dilihat dunia, dengan lebih sejuta kes pada akhir tahun 2017.

Pegawai PBB juga meluahkan kebimbangan terhadap wabak terbaru, difteria yang telah membunuh ramai penduduk di negara itu dan menjejaskan lebih 500 yang lain sejak beberapa minggu lalu.

Katanya, wabak berkenaan akan merebak kepada lebih ramai penduduk negara itu.

“Sekiranya keadaan tidak berubah, kita akan melihat bencana kemanusiaan paling teruk di dunia sepanjang tempoh 50 tahun,” katanya.- Agensi

The post PBB beri amaran krisis kemanusiaan di Yaman appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian