‘Pecat penjawat awam guna media sosial hasut benci kerajaan’

BANGI, 27 Rabiulakhir 1439H, Isnin – Pergerakan Pemuda UMNO Perlis menggesa kerajaan mempermudahkan proses pemecatan terhadap mana-mana penjawat awam yang antikerajaan.

Ketuanya, Syed Atif Syed Abu Bakar berkata, cadangan itu penting berikutan terdapat segelintir penjawat awam yang terlalu agresif mengkritik kerajaan, termasuk menggunakan media sosial untuk menghasut orang lain turut sama membenci kerajaan.

“Mana-mana penjawat awam yang tidak mampu menyokong dasar yang diperkenalkan kerajaan, pasti tidak mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik.

“Mungkin jumlah kakitangan kerajaan yang tidak berdisiplin dan tidak beradab ini tidak ramai ketika ini, namun jika perkara ini dibiarkan berlanjutan, akan jadi suatu kebiasaan dalam kalangan warga kakitangan kerajaan untuk memburukkan imej majikan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas membuat laporan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) terhadap seorang penjawat awam, yang didakwa berkongsi dan memuat naik status fitnah terhadap Perdana Menteri di laman sosial Facebook

Pegawai kerajaan itu menggunakan akaun Facebook Azran Mohamad, beliau merupakan Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan di Jabatan Pendidikan Negeri Perlis.

Syed Atif berkata, sebenarnya isu penjawat awam antikerajaan ini bukan perkara baharu, malah tindakan mereka memuat naik status di media sosial sudah sering kali dilaporkan kepada pihak polis.

“Namun tindakan pegawai itu adalah sesuatu yang tidak beretika. Beliau turut menghasut kakitangannya di dalam status itu.

“Saya harap untuk jangka masa panjang kerajaan dapat mencari satu mekasnisme bagi memudahkan pemecatan kakitangan awam yang anti kerajaan ini.

“Dia sendiri hina kerajaan, buat apa simpan. Di negeri-negeri yang diperintah pembangkang sekali pun mereka tidak simpan kakitangan yang menghina kerajaan ini,” katanya.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 (Akta 588).

The post ‘Pecat penjawat awam guna media sosial hasut benci kerajaan’ appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian