Peguam Negara sahkan terima kertas siasatan kes tanah Felda

KUALA LUMPUR, 8 Jamadilawal 1439H, Khamis – Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengesahkan Jabatan Peguam Negara (AGC) telah menerima kertas siasatan (IP) berhubung pemindahan hak milik tanah Felda di Jalan Semarak, di sini.

Menyatakan bahawa IP itu diserahkan kepada Ketua Bahagian Pendakwaan semalam, Mohamed Apandi berkata, beliau diberi taklimat berhubung perkara itu hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, IP itu dirujuk kepada AGC untuk arahan spesifik yang tidak boleh didedahkan.

“Tetapi saya perlu betulkan persepsi salah bahawa siasatan perkara itu oleh pihak polis telah siap. Belum lagi.

“Adalah tidak betul untuk menyatakan bahawa polis sedang menunggu arahan daripada kami berhubung sama ada perlu dituduh atau sebaliknya, ini kerana siasatan terhadap perkara itu masih berjalan dan belum lagi selesai,” katanya dalam mesej menerusi aplikasi WhatsÁpp.

Pada sidang media semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata polis akan menyerahkan IP tentang pemindahan hak milik tanah Felda kepada AGC.

Pindah milik tanah itu dipercayai berlaku apabila Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) melantik sebuah syarikat tempatan sebagai pemaju utama pada 3 Jun, 2014 yang turut diberikan surat kuasa wakil untuk membangunkan tanah itu. – Bernama

The post Peguam Negara sahkan terima kertas siasatan kes tanah Felda appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian