Pelajar cedera dipukul 15 senior

GEORGETOWN, 5 Jamadilawal 1439H, Isnin – Seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua sebuah sekolah berasrama penuh di Kepala Batas dekat sini, cedera selepas dilapor dipukul lebih 15 pelajar Tingkatan Empat sekolah itu awal pagi Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, ACP Noorzainy Mohd Noor berkata, pelajar berusia 14 tahun itu membuat laporan polis berhubung kejadian itu pada jam 8.50 malam tadi selepas mendapatkan rawatan di sebuah klinik di Kepala Batas.

“Menurut pelajar itu, kejadian berlaku kira-kira jam 3 pagi di tingkat tiga koridor asrama lelaki sekolah berkenaan dan ia dipercayai berpunca daripada salah faham, sehingga mendatangkan rasa tidak puas hati seorang pelajar Tingkatan Empat kerana diejek dan ditertawakan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, pelajar Tingkatan Empat itu bertindak memanggil kira-kira 30 rakannya dan 15 daripada mereka telah memukul, menampar dan menendang mangsa serta tiga lagi rakannya juga pelajar Tingkatan Dua menyebabkan lebam dan luka calar di kaki serta badan.

Namun, hanya seorang pelajar yang tampil membuat laporan polis, katanya.

“Polis telah memanggil beberapa pelajar yang dipercayai terlibat dalam kejadian itu hari ini untuk direkodkan keterangan dan mereka dibebaskan dengan jaminan polis. Siasatan lanjut kes itu dijalankan,” katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain Noorzainy berkata, seorang lelaki berusia 30-an cedera parah selepas ditetak sekumpulan lelaki menggunakan parang dan pedang samurai di hadapan sebuah pusat hiburan di Jalan Ong Yi How, Mak Mandin dekat sini pada jam 3.20 pagi semalam.

Beliau berkata, lelaki berusia 30-an itu dilapor dipukul selepas meminta seorang lelaki yang berada di belakang keretanya untuk ke tepi kerana menghalang laluannya hendak mengeluarkan kenderaan yang diletakkan di situ.

“Suspek tiba-tiba menjadi berang dan memukul serta melibas mangsa menggunakan parang dan memanggil empat lagi rakannya yang lain yang bersenjatakan pedang samurai. Mereka membelasah lelaki itu menyebabkan kecederaan parah di muka, patah tangan kanan, koyak bahu kiri dan retak pada tulang bahu kiri,” katanya.

Beliau berkata, susulan kejadian itu, polis menahan dua lelaki berusia 30-an dalam dua serbuan di Butterworth pada jam 11 malam tadi dan usaha mengesan tiga lagi rakan mereka giat dijalankan. – Bernama

The post Pelajar cedera dipukul 15 senior appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian