Pemandu bas ekspres cedera bas masuk gaung

LAHAD DATU, 18 Rabiulakhir 1439H, Sabtu – Pemandu bas Ekspres Sida cedera selepas bas dipandunya terbabas dan terjunam ke dalam gaung sedalam tiga meter, di Jalan Silam dekat sini, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu Mohd Apandi Mahmood berkata, kemalangan bas yang dalam perjalanan dari Sandakan ke Semporna kira-kira 6.40 petang itu mengakibatkan mangsa, Addy Rosel patah kaki namun 10 lagi penumpang bas tersebut tidak mengalami kecederaan.

“Bas dipercayai melanggar belakang sebuah lori yang datang dari arah sama berikutan brek bas gagal berfungsi sebelum hilang kawalan dan terbabas ke dalam gaung,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung perkara itu pada pukul 6.51 petang dan sembilan anggota bomba bersama dua jentera bergegas ke lokasi kejadian.

Mohd Apandi berkata, pemandu bas yang cedera itu dihantar ke Hospital Lahad Datu bagi menerima rawatan lanjut. – Bernama

 

The post Pemandu bas ekspres cedera bas masuk gaung appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian