Pemimpin Bersih kata al-Quran kitab cetak rompak, Rasulullah sesat, lapor portal

BANGI, 5 Jamadilawal 1439H, Isnin – Ekstremis Kristian, Clement Chin menuduh al-Quran sebagai sebuah kitab cetak rompak di mana 70 peratus isi kandungan yang dicedok daripada cerita-cerita lama sebelum kewujudan Islam, lapor menara.my.

Memetik tulisan ekstremis itu dalam laman Facebooknya, dia yang turut terbabit dalam himpunan Bersih mendakwa al-Quran telah berulang kali diedit, dipinda, dipadam dan ditulis semula selama berkurun-kurun bagi menjadikannya bermelodi dan mudah untuk dihafal.

“Tahukah kamu bahawa terdapat sekurang-kurangnya 26 versi teks al-Quran? Mengapa kamu membaca kitab cetak rompak? Kandungan al-Quran adalah 70 peratus cerita-cerita yang wujud sebelum Islam yang ditiru,” tulis ekstremis itu yang dirangkaikan kepada seorang pengguna lain bernama Abdul Basit Abdul Azeez.

Memetik laporan menara, Clement yang terbabit mengedar Bible dengan memasukkan ke dalam laci meja di hotel-hotel ketika berkhidmat dengan Gideon International di Kuantan, juga menuduh umat Islam sedang memuliakan syiar Dewa Bulan Hubal.

Ekstremis Kristian itu berkata, apa yang dilakukan umat Islam adalah tanda betapa makbulnya doa pagan Abu Sufyan ketika perang Badar sewaktu menentang umat Islam.

“Adakah dewa bulan Hubal tidak lagi lebih tinggi. Adakah Islam sepenuhnya bebas dari pengaruh bulan? Perhatikan dengan dekat kepada masjid-masjid di seluruh dunia, dan kamu tentu akan dapat menjumpai simbol Hubal, bulan sabit, diletakkan di bahagian yang paling tinggi di masjid.

“Mungkin ia bukan usaha secara sengaja untuk menyembah Hubal. Namun, yang menariknya, melalui Islam, doa pagan musuh Muhammad, Abu Sufyan telah dimakbulkan, ‘O Hubal, meninggilah’,” kata ekstremis itu.

Masih tidak berpuas hati, pengasas bersama Himpunan Hijau Anti-Lynas itu mempersoal pula penggunaan kalimah Allah, yang sememangnya hak mutlak milik umat Islam.

Clement menuduh Nabi Muhammad sebagai sesat kerana menggunakan kalimah Allah bagi Tuhan, yang disifatkannya sebagai berasal daripada sembahan masyarakat pagan Makkah.

“Agama Kristian telah wujud di Arab selama lebih 400 tahun sebelum kelahiran Muhammad. Jadi sekiranya Muhammad jujur dengan agamanya, sekurang-kurangnya dia patut tahu bahawa nama sebenar Jesus dalam bahasa Arab ialah “Yasu”.

“Dia patut tahu nama sebenar Tuhan ialah “Yahwah” dalam Hebrew dan Ilah dalam bahasa Arab dan Elah dalam Aramaik, kerana masyarakat awal Kristian Arab tidak pernah menggelarkan Tuhan mereka sebagai Allah.”

“Perkataan Allah datang daripada asal pagan masyarakat Makkah di mana ayah Muhammad “Abd-Allah” merupakan seorang penyembah berhala yang tegar,” katanya.

The post Pemimpin Bersih kata al-Quran kitab cetak rompak, Rasulullah sesat, lapor portal appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian