Pemimpin parti anti-Islam Jerman peluk Islam

BERLIN, 8 Jamadilawal 1439H, Khamis – Parti politik haluan kanan yang anti-Islam dan terkenal dengan fahaman rasis di Jerman, Alternative for Germany (AfD), menerima tamparan hebat apabila salah seorang pemimpin kanannya memeluk Islam dan keluar daripada parti itu.

Arthur Wagner, pemimpin kanan AfD di Brandenburg di timur Jerman, meletak jawatan dan keluar daripada parti atas alasan peribadi, kata badan penyiaran negara itu, Deutsche Welle, yang memetik jurucakap AfD.

Beliau yang merupakan ahli parti itu sejak 2015, enggan memberi kenyataan kepada Tagesspiegel, akhbar pertama yang menyiarkan berita beliau memeluk Islam.

“Ia adalah urusan peribadi saya,” katanya ringkas.

Dalam jawatankuasa AfD Brandenburg, tugas Wagner difokuskan kepada komuniti gereja, lapor Deutsche Welle.

AfD berterusan berkempen menentang kemasukan pendatang asing, membuat kejutan dalam sejarah pilihan raya negara itu pada September 2017 apabila menang 12.6 peratus undi, membolehkan mereka menduduki kerusi Parlimen – Bundestag – dan menjadi parti ketiga terbesar.

Berita Wagner memeluk Islam merebak dengan cepat dalam media sosial dan mendapat cemuhan apabila sesetengah pengguna mempertikai tindakannya setelah menjadi anggota kanan parti yang mencerca kehadiran umat Islam di Jerman.

AfD telah lama menafikan parti itu mengamalkan Islamophobia. Diasaskan pada 2013 sebagai parti Eurosceptic, AfD mengetuai suara masyarakat Jerman menentang kehadiran pendatang asing, khususnya apabila hampir sejuta pencari suaka memasuki negara itu pada 2015.

AfD sebelum ini membentangkan rang undang-undang Akta Kediaman Jerman yang menghalang pelarian membawa masuk keluarga mereka yang melarikan diri dari negara bergolak.

Awal bulan ini, Timbalan Ketua AfD di Parlimen, disekat oleh Facebook dan Twitter, kerana menerbitkan tulisan Islamophobia yang mengkritik tindakan polis menggunakan bahasa Arab ketika memberi ucapan tahun baharu.

Dia menulis: “Apa yang sedang berlaku di negara ini? Kenapa sebuah laman rasmi polis menulis dalam bahasa Arab? Adakah anda fikir ia adalah untuk menghiburkan gerombolan orang-orang Muslim yang ganas?.” – Agensi

The post Pemimpin parti anti-Islam Jerman peluk Islam appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian