Pemuda Alor Setar teruja cabaran Gua Terus

ALOR SETAR, 21 Januari 2018 – Lebih 25 orang peserta Ekspedisi Gua Gunung Keriang teruja dengan cabaran sewaktu menelusuri sepanjang Gua Terus yang merentasi Gunung Keriang di sini, hari ini.

Para peserta terpaksa menempuh anak tangga yang curam dan tinggi sebelum sampai ke pintu gua di bahagian utara.

Di dalam gua, para peserta berdepan lebih banyak cabaran apabila terpaksa merentasi tebing cenuram dan laluan cerun yang licin tanpa trek yang selesa.

Namun segala keresahan menghadapi cabaran itu hilang dek keindahan dan keunikan yang tersingkap di sepanjang perjalanan dalam gua hingga para peserta keluar di pintu gua selatan.

Para peserta berpeluang melihat struktur stalaktit, stalagmit dan batu alir (flowstones) yang pelbagai saiz dan kecantikan.

Selain itu, mereka turut ditunjukkan lubang-lubang dan lokasi di mana batu kristal dilombong keluar dari gua itu.

Program anjuran Biro Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Cawangan Alor Setar itu mendapat respon yang amat baik dari para peserta.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian