ismakualaterengganu

Pendakwah Arab Saudi maut ditembak di Guinea

GUINEA, 1 Jamadilawal 1439H, Khamis – Seorang pendakwah Arab Saudi maut ditembak selepas selesai menunaikan solat di sebuah perkampungan di...

GUINEA, 1 Jamadilawal 1439H, Khamis – Seorang pendakwah Arab Saudi maut ditembak selepas selesai menunaikan solat di sebuah perkampungan di timur Guinea, Selasa lalu.

Sheikh Abdul Muhsin Al-Tuwaijri dilaporkan dibunuh pada malam Selasa lalu, di kampung Kantebalandougou, berhampiran bandar Kankan dan Kerouane, di timur Guinea.

Insiden terbabit telah menaikkan kemarahan penduduk di negara sebelah Afrika Barat yang majoritinya beragama Islam.

“Beliau ditembak dua kali di bahagian dada ketika sedang membonceng motosikal bersama seorang lagi penduduk kampung, sewaktu menuju ke kereta,” kata sumber keselamatan.

Serangan itu menyebabkan Sheikh Abdul Muhsin yang juga salah seorang individu bertanggungjawab merancang pembinaan beberapa masjid di Upper Guinea meninggal dunia ditempat kejadian.

Sementara penduduk kampung berkenaan dilaporkan cedera parah, yang kini menerima rawatan di sebuah hospital di Kankan.- Agensi

The post Pendakwah Arab Saudi maut ditembak di Guinea appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 4039104334747407736

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item