Penduduk Gaza tuntut Mesir buka sempadan Rafah

GAZA, 22 Rabiulakhir 1439H, Selasa – Ribuan penduduk Gaza berhimpun mengadakan demonstrasi menuntut pihak berkuasa Mesir membuka sempadan Rafah.

Rafah adalah pintu masuk yang tinggal untuk rakyat Palestin di Gaza ke dunia luar, selepas Israel mengenakan sekatan, yang dikuatkuasakan juga oleh Mesir sejak satu dekad lalu.

Para penunjuk perasaan berhimpun di hadapan pintu gerbang Rafah, memegang sepanduk menggesa pihak berkuasa membenarkan pesakit, mahasiswa dan petugas kemanusiaan melalui sempadan itu menuju ke Gaza.

Mereka mahu menamatkan krisis kemanusiaan di wilayah itu, yang sekian lama disekat pengganas Israel.


Malahan, laluan sempadan Rafah dapat meringankan beban yang ditanggung rakyat Gaza untuk merawat mangsa yang cedera dan risiko dengan kekurangan bekalan ubat-ubatan.

“Kami berkumpul untuk menghantar mesej kepada pihak berkuasa Mesir bahawa perlunya mereka membuka sempadan Rafah untuk kes-kes kemanusiaan dan pesakit kecemasan,” kata seorang pelajar, Mohammad Nabil.

Lebih daripada 30,000 penduduk Palestin berada dalam senarai hitam keluar Gaza di Kementerian Dalam Negeri Palestin. Sementara ribuan lagi menunggu di Mesir untuk kembali ke Semenanjung Gaza. – Agensi

 

The post Penduduk Gaza tuntut Mesir buka sempadan Rafah appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?