Peniaga ‘online’ ditembak, barang kemas RM150,000 lesap

BANGI, 10 Jamadilawal 1439H, Sabtu – Seorang peniaga atas talian, Mohd Irfan Abdullah parah, selepas ditembak sekumpulan perompak di pejabatnya di Banggol Kulim, Rantau Panjang, malam tadi.

Kejadian berlaku jam 11.15 malam ketika mangsa bersendirian di pejabatnya.

Difahamkan, mangsa yang menjalankan perniagaan kosmetik, barangan kemas dan pakaian itu kerap membuat siaran langsung di Facebook.

Mengesahkan kejadian, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah berkata, mangsa ditembak di bahagian betis kiri dan pihaknya menemui peluru 9 milimeter (mm).

“Berdasarkan kamera litar tertutup (CCTV), rompakan itu didalangi tiga lelaki bertopeng yang menaiki kereta berwarna putih.

“Kami percaya mangsa ditembak selepas diugut oleh penjenayah terbabit. Mereka melarikan barang kemas bernilai RM150,000 dan RM8,000 tunai milik mangsa,” katanya.

Abdullah tidak menolak kemungkinan rompakan itu sudah dirancang suspek berdasarkan kepada pergerakan mereka melalui CCTV.

“Kami akan mengesan tiga penjenayah itu dan kemungkinan besar mereka lari ke sempadan memandangkan jaraknya yang terlalu dekat,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api Penalti Lebih Berat 1971.

The post Peniaga ‘online’ ditembak, barang kemas RM150,000 lesap appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian