Penjawat awam, pesara terima bonus hari ini

BANGI, 21 Rabiulakhir 1439H, Isnin – Seramai 1.6 juta kakitangan awam dan 775,000 pesara kerajaan akan menerima manfaat bonus hari ini, sebagaimana diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada pembentangan Bajet 2018 lalu.

Najib dalam satu kenyataan ringkas di Twitternya memaklumkan, bayaran khas sebanyak RM1,000 akan diberikan kepada penjawat awam, dan RM500 untuk pesara kerajaan.

“Insya-Allah, bayaran khas pertama sebanyak RM1,000 bagi penjawat awam dan RM500 bagi pesara seperti yang saya umumkan dalam #Bajet2018 akan dibayar pada 8 Januari. Moga dapat dimanfaatkan,” katanya.

Menerusi pembentangan Bajet 2018 lalu, Najib mengumumkan bayaran khas kepada penjawat awam berjumlah RM1,500 yang akan disalurkan dua kali iaitu RM1,000 pada hari ini dan RM500 menjelang Aidilfitri.

Bayaran khas itu juga turut dinikmati pesara kerajaan dengan RM750, iaitu RM500 dibayar pada hari ini, dan bakinya menjelang Aidilfitri.

The post Penjawat awam, pesara terima bonus hari ini appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian