Penolakan Agenda Jahat Gerakan Evangelist oleh Masyarakat di Barat

Sumber: http://ift.tt/2EXPBOg

 

Beberapa minggu lepas kita dikejutkan dengan pengumuman Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengiktiraf Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel. Perkara ini telah mendapat reaksi negatif bukan sahaja dari gerakan-gerakan Islam di Barat malah turut mendapat tohmahan daripada pemimpin-pemimpin dunia termasuklah rakan karib Amerika Syarikat iaitu United Kingdom.

Walaubagaimanapun, terdapat segelintir pihak yang begitu memuji dan menyokong langkah sumbang Donald Trump ini terutamanya dari beberapa gerakan Kristian Evangelist di Amerika Syarikat yang bernauang di bawah kempen ‘Christian United for Israel’. Ketua gerakan kempen ini, John Hagee yang merupakan seorang pastor menyatakan sokongan terhadap Israel ini sebenarnya adalah “sokongan dari Bible”.

Ironinya, walaupun gerakan Kristian Evangelist ini begitu vokal dan aktif menyebarkan dakyah mereka, masyarakat di Barat berterusan menyatakan bantahan dan bangkangan terhadap gerakan ini. Bancian baru-baru ini yang telah dikeluarkan oleh Brierley Consultancy menunjukkan Gerakan Kristian Evangelist langsung tidak mendapat tempat dalam kalangan komuniti gereja di UK. Malah gerakan Evangelist ini turut diharamkan oleh beberapa negara di Barat seperti di Rusia.

Terdapat dua faktor yang menjadi penyumbang utama kepada kegagalan Kristian Evangelist untuk mendapat tempat di Barat:

  1. Agenda politik yang mencurigakan.

Dewan Senat di Rusia pada tahun 2016 telah meluluskan pindaan rang undang-undang anti-keganasan, Yarovaya Law yang mana pindaan baru ini turut mengetatkan peraturan gerakan Evangelist dan mengharamkan aktiviti penyebaran dakyah Evangelist di luar Gereja. Pindaan ini diluluskan atas dasar kekuatiran masyarakat di Rusia terhadap agenda sulit Evangelist yang cuba menimbulkan kekacauan dalam fabrik masyarakat.

Senator Victor Ozerov yang merupakan pencadang dan penyokong pindaan undang-undang ini membahaskan usul sokongan atas premis bahawa gerakan Evangelist ini tidak sesuai dengan masyarakat di Rusia yang berbilang bangsa dan agama. Dakyah Evangelist yang cuba memecahbelahkan masyarakat kata beliau perlu dikekang demi menjaga keharmonian. Gerakan Kristian Evangelist di Rusia juga turut diklasifikasikan di bawah gerakan yang mendapat kawalan ketat kerajaan Rusia akibat pandangan mereka yang sangat ekstrem perihal politik dan agama. Pengenalan permit untuk melakukan aktiviti Evangelist menunjukkan kekhuatiran kerajaan Rusia akan gerakan sulit yang cuba menjatuhkan kerajaan.

Ironinya, Islam semakin mendapat tempat dalam masyarakat majoriti Kristian di Rusia sehinggakan calon Presiden mereka dalam pilihanraya akan datang ialah seorang wanita muslimah bernama  Aina Gamzatova.

 

  1. Sokongan terhadap penubuhan negara Israel.

Pendirian ini sangat tidak popular dalam kalangan masyarakat Barat malah turut dilihat sebagai anti-kedamaian. Pengiktirafan negara Israel bukan sahaja menafikan hak rakyat Palestin sebagai penduduk tetap disitu malah perkara ini juga menunjukkan gerakan Kristian Evangelist di Barat merestui, meredhai dan menyokong jenayah yang dilakukan rejim Zionis terhadap penduduk Palestin. Perkara ini juga bercanggah dengan pendirian beberapa gerakan Ortodoks Yahudi yang membantah sebarang cubaan menubuhkan negara Israel di tanah Palestin seperti Yahudi Neturei Karta dan Yahudi Haredi. Kedua-dua kumpulan ini membantah penubuhan negara Israel malah tidak menyambut hari kemerdekaan Israel. Perkara ini berbeza dengan Kristian Evangelist yang terang-terangan anti terhadap penduduk Palestin dan menyambut penubuhan negara haram Israel dengan tangan terbuka.

 

Pengajaran Kepada Malaysia

  1. Agenda Yahudi yang dibawa oleh Kristian Evangelist bukanlah suatu teori konspirasi semata-mata malah perkara ini dapat kita lihat dengan jelas di negara Barat seperti di Amerika Syarikat.
  2. Gerakan Kristian Evangelist bukanlah pengamalan agama Kristian yang biasa seperti di gereja malah mereka turut mempunyai agenda politik yang mampu menganggugugat keharmonian masyarakat. Buktinya jelas di Rusia melalui kesepakatan ahli politik di sana meluluskan pindaan undang-undang mengharamkan aktiviti Kristian Evangelist di luar gereja.
  3. Pengundi muslim di Malaysia tidak boleh memberikan undi pilihanraya kepada calon yang mempunyai latar belakang gerakan Evangelist
  4. Umat Islam perlu sentiasa menyokong agenda Malayu dan Islam bagi menjamin struktur masyarakat yang harmoni berpandukan syariah.
  5. Ahli politik muslim yang bersekongkol dengan agenda liberal, kristianisasi, pluralisme agama dan lain-lain perlu ditolak segera delam pilihanraya akan datang.
  6. Agenda pro-Israel yang dibawa oleh Kristian Evangelist sangat bercanggah dengan dasar luar kerajaan Malaysia dan sensitiviti masyarakat majoriti muslim yang turut bersolidariti dengan kekejaman yang diterima oleh penduduk Palestin.

 

 

Muhammad Thalhah Bin Kamarol Zaman

Ketua Biro Komunikasi dan Media ISMA UK-Eire

 

 

Rujukan

  1. https://www.pri.org/stories/2016-10-24/why-american-evangelicals-are-huge-base-support-israel
  2. https://www.vox.com/2017/12/12/16761540/trump-israel-jerusalem-embassy-evangelical-christians
  3. http://ea-israel.org/
  4. https://faithsurvey.co.uk/uk-christianity.html
  5. https://www.themalaysianinsight.com/s/5196/
  6. http://www.christianitytoday.com/news/2017/october/nepal-criminalizes-conversion-christianity-evangelism-hindu.html
  7. https://www.christianpost.com/news/russia-charges-american-pastor-under-new-anti-evangelism-law-170362/
  8. http://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/gerakan-kristian-evangelist-dalam-politik/
  9. http://emirateswoman.com/meet-the-muslim-woman-whos-running-for-president-in-russia/
  10. http://www.nkusa.org/
  11. https://www.myjewishlearning.com/article/haredim-charedim/
  12. https://helenang.wordpress.com/2013/02/07/hannah-yeohs-baby-insult-to-the-indian-man/
  13. http://www.icnl.org/research/library/files/Russia/Yarovaya.pdf
  14. http://www.christianitytoday.com/news/2016/june/no-evangelizing-outside-of-church-russia-proposes.html

 

 

 

 

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian