Persempadanan semula kawasan di Selangor untungkan BN

BANGI, 16 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Barisan Nasional dijangka memenangi kebanyakan kerusi di Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), apabila persempadanan semula dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Badan pemikir kerajaan Selangor, Institut Darul Ehsan (IDE) turut menjangkakan kedudukan 46 kerusi di negeri itu akan terjejas dengan persempadanan semula sekiranya ia diluluskan Parlimen.

Timbalan Pengerusi IDE, Prof Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman berkata, persempadanan semula itu hanya akan memberi keuntungan kepada BN apabila dijangka menang di 20 kerusi, PAS sembilan kerusi, manakala DAP (15) dan PKR (12).

“Kira-kira 10 kerusi yang tidak terlibat dalam persempadanan semula itu terletak di kawasan luar bandar,” katanya seperti dilapor Sinar Online.

BN tewas di Selangor kepada Pakatan Rakyat pada PRU12, apabila hanya menang 20 daripada 56 kerusi negeri.

Namun, sejarah sama berulang pada PRU13 selepas BN berdepan kekalahan kedua apabila hilang lapan lagi kerusi yang membolehkan Pakatan Rakyat menang dua pertiga majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menurut Prof Mohammad Redzuan, beliau tidak menolak kemungkinan beberapa kerusi seperti di Hulu Kelang yang dipegang Parti Amanah Negara (PAN) dan Paya Jaras (PAS) akan ditawan BN.

Katanya, empat lagi kerusi, seperti Sementa (PKR), mungkin masih tetap dimenangi parti itu tetapi dengan majoriti kurang daripada 1,000 undi.

Sementara 27 kerusi lain, seperti Jeram (BN) dan Seri Andalas (PKR) juga mungkin tidak berubah tetapi dijangkakan hanya menang dalam majoriti 1,000 hingga 5,000 undi sahaja.

Persempadanan semula akan menyaksikan perubahan komposisi pengundi Seri Andalas daripada 41 peratus Melayu, 25 peratus Cina, 33 peratus India kepada 74 peratus Melayu, 12 peratus Cina dan 14 peratus pengundi India.

Justeru katanya, pembangkang perlu mengubah strategi mereka bagi menangani kelebihan yang diperoleh BN itu.

“Contohnya, Adun Seri Andalas, Dr Xavier Jayakumar perlu masuk kawasan Melayu dan melawat surau lebih kerap sebab dah tahu sasaran bagi menambah sokongan.

“Kajian di lapangan ini adalah sebagai panduan kepada ahli politik dan seterusnya strategi itu harus diolah,” katanya.

The post Persempadanan semula kawasan di Selangor untungkan BN appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian