ismakualaterengganu

Pesawat hampir jatuh dalam laut dikeluarkan

ISTANBUL, 2 Jamadilawal 1439H, Jumaat – Pihak berkuasa Turki, semalam, menggunakan dua kren bagi mengeluarkan pesawat penumpang yang tergel...

ISTANBUL, 2 Jamadilawal 1439H, Jumaat – Pihak berkuasa Turki, semalam, menggunakan dua kren bagi mengeluarkan pesawat penumpang yang tergelincir daripada landasan dan hampir jatuh ke dalam Laut Hitam di Lapangan Terbang Trabzon.

Pegasus Airlines Boeing 737-800 mendarat secara normal di lapangan terbang itu lewat Sabtu lalu dalam penerbangan dari Ankara, tetapi kemudian tergelincir daripada landasan hanya beberapa meter dari Laut Hitam, namun tersekat apabila tayar depannya tersangkut dalam lumpur.

Semua 162 penumpang dan anak kapal tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu.

Pihak berkuasa penerbangan Turki semalam menutup lapangan terbang berkenaan bagi memudahkan kerja menarik keluar pesawat berkenaan.

Agensi berita Dogan melaporkan, pihak berkuasa Turki menghantar dua kren dari Ankara dan Samsun bagi melakukan kerja-kerja mengangkat dan mengeluarkan pesawat berkenaan.

Juruterbang mendakwa, pesawat itu mendarat secara normal tetapi secara tiba-tiba salah satu enjinnya melakukan lonjakan kuasa ketika berada di landasan. – Agensi

The post Pesawat hampir jatuh dalam laut dikeluarkan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 1712675165190132336

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item