Pesawat Israel bedil dua bandar Semenanjung Gaza
SEMENANJUNG GAZA, 14 Rabiulakhir 1439H, Selasa – Pesawat Israel membedil dua kawasan berasingan di Semenanjung Gaza, antara tindakan pencerobohan terhadap wilayah Palestin yang dikepung.
Serangan yang dilancarkan hari ini mensasarkan bandar Khan Yunis dan Deir al-Balah, di bahagian selatan dan tengah wilayah itu.
Menurut agensi berita AFP, memetik kenyataan rejim Israel sebagai berkata, serangan itu adalah mensasarkan sayap ketenteraan Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas).
Sumber keselamatan Palestin memaklumkan bahawa serangan berkenaan hanya menyebabkan kerosakan, namun tiada kecederaan atau kematian dilaporkan.
Tel Aviv telah melancarkan serangan ke atas Gaza sejak tahun 2008, di mana ribuan rakyatnya telah terbunuh dan sebahagian infrastruktur di kawasan itu musnah.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjangkakan keadaan buruk yang berlaku ke atas Gaza ketika ini akan menyebabkan kawasan itu tidak dapat dihuni pada tahun 2020.- Agensi
The post Pesawat Israel bedil dua bandar Semenanjung Gaza appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan