Pesawat nyaris terjunam di Laut Hitam, 174 nyawa terselamat

ANKARA, 27 Rabiulakhir 1439H, Isnin – Mendebarkan! Nyawa 174 penumpang, termasuk dua juruterbang dan empat anak kapal bagaikan di hujung tanduk apabila pesawat yang dinaiki tergantung di tebing Laut Hitam.

Pesawat Boeing 737-800 milik Pegasus Airlines itu terbabas dari landasan ketika berlepas dari Lapangan Terbang Trabzon, Turki semalam.

Dilaporkan, tayar pesawat yang tersangkut menyebabkan ia tidak menjunam ke dalam Laut Hitam, sebaliknya tergantung tinggi di tebing.

Sebelum itu, pesawat berkenaan berlepas dari Ankara dan mendarat di Lapangan Terbang Trabzon, sebelum beroperasi kembali 90 minit kemudian sehingga nahas berlaku.

Memetik Reuters, Pegasus Airlines mengesahkan tiada kecederaan dilaporkan, semua penumpang dalam keadaan selamat.

Pegasus Airlines ialah syarikat penerbangan murah Turki berpangkalan di Kurtkoy, Pendik, Istanbul.

Menerusi rakaman video saksi, penumpang termasuk wanita dan kanak-kanak kelihatan menangis ketika dikeluarkan dari pesawat.

Enjin sebelah kiri pesawat juga kelihatan tertanggal manakala anggota bomba menyembur badan pesawat dengan air.

Menurut ABC Net, saksi memberitahu mereka tercium bau bahan bakar memasuki kabin ketika pesawat hampir menjunam masuk ke Laut Hitam. – Agensi

The post Pesawat nyaris terjunam di Laut Hitam, 174 nyawa terselamat appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian