ismakualaterengganu

Pesawat UAE musnahkan pusat perintah militan Syiah Houthi

HAIS (YAMAN), 2 Jamadilawal 1439H, Jumaat – Pesawat pejuang Emiriah Arab Bersatu (UAE) memusnahkan sebuah pusat perintah dan komunikasi mil...

HAIS (YAMAN), 2 Jamadilawal 1439H, Jumaat – Pesawat pejuang Emiriah Arab Bersatu (UAE) memusnahkan sebuah pusat perintah dan komunikasi militan Syiah Houthi di barat Yaman.

Agensi berita UAE, WAM, melaporkan serangan udara itu menghancurkan pangkalan strategik militan Syiah Houthi yang menyimpan senjata dan peluri di wilayah Taiz.

Hais terletak kira-kira 15 matu dari pantai Laut Merah dan menjadi antara tempat berlakunya pertempuran sengit antara militan Houthi yang disokong Iran dan pasukan tentera kerajaan Yaman.

UAE adalah antara negara yang menyertai pakatan tentera diketuai Arab Saudi, menyerang militan Syiah Houthi bagi meletakkan semula kerajaan yang sah di Yaman, setelah pemberontak menguasai ibu negara itu, Sanaa, pada 2014 lalu.

WAM melaporkan, kejayaan memusnahkan pusat perintah itu menjejaskan komunikasi antara kumpulan militan Syiah Houthi yang berpusat di beberapa tempat di wilayah itu.

Gambar tentera UAE menunjukkan letupan yang memusnahkan pusat berkenaan, namun tidak dipastikan bila serangan itu dilakukan. – Agensi

The post Pesawat UAE musnahkan pusat perintah militan Syiah Houthi appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 8053778994794597559

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item