Petrol naik 3 sen, diesel 6 sen

BANGI, 15 Rabiulakhir 1439H, Rabu – Harga runcit minyak mingguan bagi produk petrol dan diesel naik masing-masing 3 sen dan 6 sen, bermula tengah malam ini.

Berdasarkan harga baharu yang diumumkan sebentar tadi, harga siling produk RON95 naik kepada RM2.29 seliter berbanding minggu lalu RM2.26 seliter.

Manakala harga runcit untuk petrol premium jenis RON97 pula ditetapkan kepada RM2.56 seliter, naik tiga sen daripada hanya RM2.53 seliter pada seminggu sebelumnya.

Dalam pada itu, harga runcit baharu untuk minyak diesel dalam tempoh tujuh hari yang sama turut diumumkan menokok 6 sen kepada RM2.06 seliter, naik tiga minggu berturut sejak Disember lepas.

Kesemua harga siling baharu untuk produk petroleum tersebut bermula dari pukul 12.01 tengah malam 3 Januari sehingga 11.59 malam pada 10 Januari depan.

The post Petrol naik 3 sen, diesel 6 sen appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?