Petrol turun 3 sen mulai tengah malam
BANGI, 22 Rabiulakhir 1439H, Rabu – Harga runcit minyak petrol bagi minggu kedua bulan Januari turun 3 sen bermula tengah malam ini.
Berdasarkan harga terbaharu yang diumumkan sebentar tadi, produk RON95 akan dijual RM2.26 seliter berbanding RM2.29 minggu lalu.
Harga terbaharu itu turut membabitkan produk RON97, menjadikan RM2.53 seliter bermula 12.01 malam ini.
Sementara harga diesel tidak berubah iaitu RM2.32 seliter.
Harga terbaru ini berkuat kuasa mulai tengah malam ini selama seminggu sehingga 17 Januari depan.
The post Petrol turun 3 sen mulai tengah malam appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan