Pilihan raya Mesir dijangka akhir Mac

KAHERAH, 22 Rabiulakhir 1439H, Selasa – Mesir dijangka mengadakan pusingan pertama pilihan raya presidennya pada penghujung bulan Mac ini.

Ketua Pihak Berkuasa Pilihan Raya Negara, Lasheen Ibrahim berkata, pusingan pertama itu akan diadakan pada 26 hingga 28 Mac, sementara bagi pusingan kedua pada 24 hingga 26 April.

Ibrahim berkata, suruhanjaya itu akan menerima permohonan daripada calon presiden antara 20 dan 29 Januari ini.

“Senarai calon dan bilangan penyokong mereka akan dimaklumkan di akhbar tempatan, al-Ahram serta al-Akhbar pada 31 Januari,” katanya dalam satu sidang media di Kaherah, semalam.

Menurut Ibrahim, senarai akhir calon akan diputuskan dan diumumkan pada 24 Februari depan, sebaik sahaja semua rayuan daripada mana-mana calon ditolak diselesaikan.

“Kempen dibenarkan kurang dari sebulan, bermula 24 Februari.

“Rakyat Mesir yang menetap di luar negara boleh menjalankan tanggungjawab anda antara 16 dan 18 Mac,” katanya.- Agensi

The post Pilihan raya Mesir dijangka akhir Mac appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?